
Face oil sering disalah anggap tidak sesuai untuk kulit berminyak, sedangkan ianya mampu memberikan pelbagai manfaat jika dipilih dengan betul.
Artikel Berkaitan: ‘Sunscreen’ Atau ‘Sunblock’? Jangan Keliru! Ini Perbezaan Yang Anda Perlu Tahu
Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Beri Aroma Dalam Masakan, Ini Manfaat Kesihatan Serai Yang Ramai Tidak Tahu
Baiki lapisan ‘skin barrier’
Kelebihan face oil bukan sekadar memberi kelembapan, malah ia mampu menyingkirkan sisa kotoran, menstabilkan rembesan minyak semula jadi serta berupaya membaiki semula lapisan perlindungan kulit (skin barrier) yang terjejas.
Pemilihan face oil adalah penting termasuk menilai keseimbangan nisbah antara asid oleik dan asid linoleik.
Kebiasaannya, face oil dengan konsentrasi asid oleik yang tinggi memiliki tekstur lebih pekat dan sukar meresap. Ia dapat meningkatkan risiko pori tersumbat yang menjadi punca utama bintik hitam serta jerawat.
Selain menyokong proses pemulihan kulit, sifat anti-radang dan anti-bakteria dalam minyak jojoba membantu menghalang pembiakan bakteria penyebab jerawat, menjadikan kulit lebih sihat.
Strukturnya yang hampir menyerupai sebum semula jadi kulit membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan pada wajah.
Selain itu, minyak biji anggur yang bertekstur ringan serta mengandungi vitamin E berfungsi melindungi kulit daripada kesan radikal bebas dan pendedahan cahaya matahari yang boleh merosakkan sel kulit.
Pada masa yang sama, sifat antimikrobnya dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan bakteria, sekali gus mencegah pembentukan bisul dan jerawat, terutamanya bagi mereka yang memiliki kulit berminyak dan mudah berjerawat.
Melambatkan tanda-tanda penuaan
Minyak bunga matahari juga boleh digunakan bagi membantu memulihkan iritasi seperti kesan terbakar matahari, di samping mengekalkan kelembapan kulit.
Kandungan nutrien di dalamnya dapat menguatkan lapisan pelindung kulit, meningkatkan daya tahan wajah terhadap ancaman faktor luaran serta mencegah kehilangan lembapan yang berlebihan.
Kekayaan provitamin A dan antioksidan dalam minyak rosehip bukan sahaja melindungi kulit daripada keradangan dan penuaan pramatang, malah bertindak mengurangkan tekanan oksidatif akibat sinaran UV demi kesihatan kulit jangka panjang.
Sebagai pelengkap, minyak marula dikenali sebagai face oil yang bukan sahaja memberikan kelembapan, malah membantu menyihatkan serta memperbaiki sel kulit yang rosak.
Kandungan vitamin C, vitamin E dan antioksidan di dalamnya menyokong proses pembaharuan kulit serta membantu melambatkan tanda-tanda penuaan.
Dengan tekstur yang ringan dan mudah meresap, minyak marula tidak meninggalkan rasa berminyak atau berat pada kulit, menjadikannya pilihan sesuai untuk kulit berminyak yang memerlukan nutrisi tanpa menjejaskan keselesaan.
Sumber: Hijabista