berita

‘Bukan Sekali Dua Papa Menangis Sebab You, Jangan Jadi Anak Derhaka..Kifarah Itu Ada’

January 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon cantik Puteri Sarah Liyana menerusi satu hantaran di IG Story mengakui bahawa dia sudah menganggap keluarga mertuanya seperti ibu bapa kandungnya sendiri.

Artikel Berkaitan: ‘Ayah Yang Banyak Kali Keluar Rumah Tinggalkan Mama, Abang & Adik..’

Artikel Berkaitan: ‘Tanggungjawab Suami Bukan Semata Bagi Duit’ – Kecewa Dengan Syamsul, Air Mata Yusof Haslam Gugur

‘Kifarah itu ada’

Tambah Sarah lagi, dia sudah tidak sanggup melihat ibu bapa mertuanya iaitu Dato Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail menangis disebabkan hal yang melibatkan Syamsul Yusof.

Bukan sekali dua papa menangis sebab you. Berkali-kali. How dare you! Jangan jadi anak yang derhaka. Mama pun awak buat menangis. Ketawalah belah sana, ketawalah. Kifarah itu ada.

Menurut Sarah, dia akan mendoakan kebahagiaan ibu dan bapa mertuanya ketika mengerjakan umrah pada 26 Januari hadapan.

Sarah tak bahagia tak apa, Sarah boleh sembuhkan sendiri tapi jangan mama dan papa tak bahagia.

Pada Jumaat, Syamsul mengejutkan ramai orang apabila mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand dengan berwalikan Kazar.

Terdahulu, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

SKIP THIS AD ×