Pelakon, Puteri Sarah Liyana membidas pertanyaan seorang suami yang mempunyai niat untuk menceraikan isteri gara-gara perbezaan gaji.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘5 Tahun Bertahan & Saya Lemah.. Tapi Saya Bangkit Demi Anak-Anak’ – Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Kena & Jauhkan Diri Dari Orang Perangai Macam Itu’ – Puteri Sarah

Cari lelaki lebih kaya

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna mempersoalkan keserasian dalam perkahwinannya meskipun isterinya seorang yang baik dan banyak berkorban untuk dirinya.

Namun, dia meluahkan kebimbangan terhadap status pendapatan bulanan isterinya yang kekal sama sejak awal perkahwinan.

Nak tanya, saya dan isteri dah 5 tahun berkahwin.

Dia seorang yang baik, greenflag dan setia.

Kadang bila saya demam pun dia sanggup balik dari tempat kerja semata nak buatkan teh panas (rumah dan tempat kerja dia dekat).

Cuma permasalahannya tahun ini gaji saya naik RM5K, dan isteri saya dari awal perkahwinan sampai sekarang sama sahaja RM1.8K.

Tak ada usaha nak buat extra menjahit ke apa.

Patut ke saya teruskan perkahwinan ini?

Atau tinggalkan dia dan cari perempuan sekufu? Yang sama gaji?

Hantaran tersebut menarik perhatian pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, yang berpandangan bahawa seseorang itu tidak sepatutnya memandang rendah terhadap kemampuan pasangan, khususnya dari segi jumlah pendapatan yang diperoleh.

Kalau saya lah, saya suruh dia cari suami gaji RM20K.

Suami gaji RM5K macam awak tak layak untuk dia.

RM5K cuma boleh beli handbag jenama Coach dengan makeup sahaja.

Tak cukup untuk dia.

Mungkin dia patut cari suami yang lebih kaya dari awak.

Sumber: Threads