
Pelakon, Emma Maembong berpendapat tidak menjadi kesalahan jika seorang wanita yang memegang status ibu tunggal untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki bujang.
Artikel Berkaitan: ‘Filem Bukan Punca Buli, Hanya Cerminan Masyarakat’ – Mierul Aiman
Status bukan faktor

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata, dia percaya masyarakat pada zaman kini mindanya lebih terbuka dan tiada lagi stigma tidak baik terhadap situasi tersebut.
Di luar sana sekarang kita lihat ada sahaja ibu tunggal yang mengahwini dengan orang bujang. Tidak hanya masyarakat biasa, malah dalam kalangan selebriti pun ada.
Pada awalnya memang akan ada yang kecam, tetapi selepas mereka kecam, mereka akan diam.
Saya juga boleh katakan, situasi ini wujud dalam realiti masyarakat zaman sekarang. Bukan lagi sesuatu yang pelik.
Jelas Emma, senario tersebut akan dipaparkan dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Seadanya Kita yang diterbikan oleh VIU Malaysia.
‘Love gap’

Selain isu status, Emma memberitahu, nakshah tersebut juga mengisahkan tentang percintaan jarak umur antara wanita yang lebih berusia dengan lelaki pucuk muda.
Mengulas mengenai perkara itu, Emma berpandangan cinta sebenar bukan diukur melalui usia, sebaliknya ketulusan hati seseorang dalam menghargai nilai kasih sayang.
Drama ini juga menceritakan tentang percintaan jarak umur yang jauh. Awal-awal teaser drama ini keluar ramai yang kecam kata gandingan saya dengan Mierul tidak sepadan.
Sedangkan kisahnya memang tentang ‘love gap’. Bila nanti penonton sudah saksikan baru mereka akan faham jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan.
Saya juga perasan orang ramai selalu pandang situasi jika kahwin wanita lebih tua berbanding lelaki itu salah, tetapi lelaki tua dengan wanita muda itu tidak salah.
Pada pendapat saya, kalau dah jodoh tiada siapa boleh halang. Cinta tidak memandang kepada umur.
Selain Emma, drama romantik 15 episod yang bakal ditayangkan bermula 7 Ogos ini turut dibarisi Mierul Aiman, Shahz Jaszle, Nelissa Nizam, Ara Johari, Yasmin Hani, Anas Ridzuan dan Mikael Noah.








