berita

Bunuh Isteri Depan Anak-Anak, Siap Ajak Anak 5 Tahun Buang Mayat Di Tempat Pembuangan Sampah

August 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di Indonesia telah ditahan polis selepas disyaki membunuh isterinya. Suspek kemudian membungkus mayat mangsa ke dalam guni sebelum membuangnya di kawasan pembuangan sampah.

Bunuh isteri depan anak-anak

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Detik.com, suspek yang dikenali dengan nama Adi berusia 37 tahun telah membunuh isterinya di hadapan dua anak mereka yang berusia lima tahun dan bayi berusia 40 hari. Pada keesokan harinya, suspek menyediakan dua guni berwarna putih sebelum memasukkan mayat mangsa ke dalamnya.

Tidak terhenti di situ, suspek kemudian meletakkan barangan peribadi milik mangsa seperti pakaian ke dalam guni tersebut kerana mahu mengaburi mata orang ramai kononnya guni tersebut mengandungi barangan terpakai.

Lebih mengejutkan apabila suspek turut mengajak anaknya perempuannya berusia lima tahun itu untuk membuang mayat isterinya ke tempat pembuangan sampah di Tanara, daerah Serang. Suspek mendakwa dia terpaksa membawa anaknya itu kerana tidak boleh meninggalkannya sendirian di rumah manakala bayi berusia 40 hari itu ditinggalkan di rumah rakannya.

Anak terkejut, trauma

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada penemuan mayat, suspek telah ditahan polis dan disebabkan perbuatan membunuh itu dilakukan di hadapan anak-anak maka suspek bakal berhadapan dengan hukuman yang lebih berat. Hasil siasatan awal mendapati suspek dan mangsa mempunyai ikatan kekeluargaan iaitu bapa dan anak saudara. Meskipun sudah mendirikan rumah tangga tetapi pasangan ini tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.

Mereka memiliki pertalian darah malah status mangsa pada ketika itu masih dalam ikatan pernikahan dengan lelaki lain. Status pernikahan mereka berdua juga tidak didaftarkan di negara ini.

Difahamkan, anak mangsa yang berusia lima tahun itu akan diberi perhatian khusus dari aspek pemulihan psikologi berikuatan dengan keadaannya yang kelihatan terganggu dan terkejut setelah melihat ibunya dibunuh.

Sumber: Detik.com

SKIP THIS AD ×