berita

Buruh Cabul Anak Rakan Dihukum Penjara 5 Tahun, 2 Sebatan

November 23rd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, seorang lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai buruh binaan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua kali sebatan atas kesalahan melakukan amang seksual secara fizikal tehadap seorang kanak-kanak.

Artikel Berkaitan: Mahkamah Tetap 24 Julai Tarikh Perbicaraan Kes Amang Seksual Safiey Ilias

Artikel Berkaitan: Bapa Dihukum Penjara 426 Tahun & 240 Sebatan, Bersalah Jadikan 2 Anak Kandung Hamba Seks

Amang seksual terhadap anak rakan

Difahamkan, kanak-kanak perempuan malang berkenaan merupakan anak kepada kenalannya. Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Menurut Hakim Nooriah Osman, tertuduh yang didakwa melakukan amang seksual fizikal di sebuah rumah di Kuala Terengganu didapati bersalah melakukan jenayah seksual tersebut terhadap mangsa yang ketika itu berusia lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain. Bagaimanapun, Nooriah telah memutuskan keputusan itu selepas mendapati tertuduh yang berusia 55 tahun bersalah terhadap kesalahan yang dilakukan sekitar jam 7.00 malam pada 24 Disember 2019 itu.

Sementara itu, Hakim mengarahkan hukuman penjara terhadapnya bermula daripada tarikh tangkapan iaitu pada 28 Disember 2019.

Sumber: Buletin TV3

SKIP THIS AD ×