Penampilan penyanyi, Shila Amzah ketika konsert Gegar Vaganza 9, minggu ke-3 baru-baru ini ternyata mencuri tumpuan netizen. Ini kerana, busana yang dipakainya itu dikatakan mirip baju ‘Sniper’ PUBG.
Artikel Berkaitan: Walaupun ‘Posing’ Macam T-Rex, Jaclyn Victor Berjaya Nyanyi Dangdut Buat Kali Pertama – ‘Baru Cabaran, Bukan Playsafe Je’
Artikel Berkaitan: ‘Maaf Kalau Saya Rosakkan Program’ – Dikecam Tak Best Mengacara GV, Danial Beri Penjelasan
Janji sopan
Di aplikasi Tiktok, Shila Amzah sendiri menyatakan bahawa pakaiannya ketika konsert minggu tersebut seperti baju ‘Sniper’ di PUBG. Dengan bertemakan dangdut, netizen menyatakan bahawa Shila Amzah tetap kelihatan sopan di atas pentas dengan busana yang digayakan. Namun begitu, segelintir penyokong Shila Amzah sempat bergurau dan mengatakan busananya seperti ‘ghillie suit’.
Tak baik cakap saya pakai ghillie suit. Yang penting saya menari tak nampak seksi.
Tambah Shila Amzah, meskipun pakaiannya seperti ‘camouflage’, pergerakan yang dilakukan ketika persembahan masih kelihatan sopan dan tidak melampaui batas.
Cantik baju tu
Berdasarkan persembahan ‘Secangkir Madu Merah’, Shila berjaya merangkul tempat pertama pada minggu tersebut. Menurut Hetty Koes Endang, perubahan yang dilakukan oleh Shila Amzah amat memberangsangkan kerana mengikut idea dan kreativitinya sendiri.
Sumber: Shila Amzah