berita

Cabul & Liwat Remaja Lelaki, Bekas Guru Sekolah Rendah Kekal Dipenjara 14 Tahun

March 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Mahkamah Rayuan telah mengekalkan hukuman penjara selama 14 tahun terhadap seorang bekas guru yang didakwa atas pertuduhan mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki.

Artikel Berkaitan: Sepasang Kembar Mangadu Sakit Pada Kemaluan, Rupanya Dicabul Bapa Tiri

Artikel Berkaitan: Didakwa Cabul & Rakam Kanak-Kanak 12 Tahun Dalam Bilik Rawatan, Doktor Hospital Kemaman Ditahan Polis

Rayuan kes ditolak

Gambar sekadar hiasan

Rayuan Mohamad Shafie Abdul Rani, telah ditolak oleh tiga panel hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Lim Chong Fong kerana sabitan atas kesalahan tersebut adalah selamat.

Ketua Hakim menegaskan bahawa tiada sebarang kesalahan fakta dan undang-undang oleh hakim perbicaraan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi dalam mendapati perayu bersalah terhadap pertuduhannya.

Pendakwaan kes tersebut telah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fuad Abdul Aziz.

Tiga pertuduhan

Gambar sekadar hiasan

Terdahulu, perayu yang diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi telah disabitkan kesalahan atas tiga pertudahan mencabul mangsa ketika berusia 11 tahun di dalam bilik di sebuah sekolah dan di pusat latihan guru di kawasan daerah Hilir Perak pada tahun 2012 dan 2013. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Julai 2021.

Dalam pada itu, Mohamed Shafie juga didapati bersalah atas kesalahan meliwat mangsa yang sama ketika dia berusia 17 tahun di sebuah rumah di Langkap, daerah Hilir Perak pada Disember 2018. Atas kesalahan tersebut dia telah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen.

Susulan itu, bekas guru berusia 53 tahun tersebut telah diperintahkan menjalani hukuman penjara secara berasingan bermula pada tarikh dia ditangkap pada 8 Februari 2021 serta berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas itu.

Pada 26 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah menolak rayuannya berhubung sabitan dan hukuman penjara tersebut.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×