Seorang guru wanita berusia 74 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 600 tahun selepas didapati bersalah kerana mencabul pelajar lelaki di sekolahnya.
Cikgu cabul pelajar lelaki
Suspek, Anne N Nelson-Kosh yang sudah berstatus warga emas itu merupakan bekas guru sekolah swasta di Monroe County, Wisconsin. Suspek berdepan dengan 25 pertuduhan kerana melakukan penderaan seksual terhadap pelajar lelaki di ruang bawah tanah sekolah berkenaan.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar tahun 2016 hingga 2017 yang lalu iaitu ketika mangsa baru berusia 14 tahun manakala suspek berusia 67 tahun.
Menurut sumber, mangsa disifatkan sebagai seorang yang pemberani kerana berani mendedahkan perkara sebenar di hadapan hakim ketika perbicaraan berlangsung.
Susulan daripada siasatan yang dijalankan, suspek didapati bersalah dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 600 tahun. Namun suspek kini dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu tarikh hukuman pada 27 Oktober 2023.
Sumber: Daily Mail