berita

Cabut Braces Guna Pengepit Kuku Pun Boleh…

January 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Akhir-akhir ini pemakaian braces (pendakap gigi) menjadi trend dalam kalangan remaja. Malahan, muncul individu-individu yang tidak bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pemakaian fake braces dengan harga yang rendah. Tidak berakhir di situ, doktor-doktor gigi berulang kali menegur mereka ini kerana pemakaian fake braces akan memberi impak yang negatif terhadap si pemakainya.

Namun, lain pula yang terjadi apabila satu video menunjukkan seorang gadis mencabut bracesnya sendiri menggunakan pengepit kuku. Video tersebut telah dikongsi di laman Twitter dan memperoleh pelbagai respon.

Senang je cabut

Ditonton lebih 265k kali, video yang berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan seorang gadis mencabut bracesnya sendiri menggunakan pengepit kuku. Reaksinya ketika itu, begitu ‘bersahaja’ tanpa menunjukan sebarang ekspresi kesakitan.

Jelasnya dalam video tersebut, prosedur mencabut braces itu dilakukan secara sendiri kerana enggan menyuruh rakannya berbuat demikian. Tidak berakhir di situ, gadis itu bertindak sedemikian kerana ibunya sering menyoal tentang braces yang dipakainya.

Di penghujung video tersebut dia sempat berkongsi beberapa video ketika dia masih memakai braces.

Fake braces ke?

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen memberi pelbagai respon terhadap video tersebut. Jelas mereka, prosedur yang dilakukan oleh gadis tersebut adalah tidak mengikuti prosedur sebenar yang dilakukan di klinik pergigian.

Tidak berakhir di situ, mereka turut mendakwa gadis itu memakai fake braces berikutan video tersebut.

Sumber: Ekyn Aris

SKIP THIS AD ×