Pelakon dan personaliti Indonesia, Baim Wong mengakui tersentuh selepas menonton satu video tular yang dikongsikannya di media sosial.

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Nafi Anak Emas Baim Wong – ‘Saya Tak Merayu Untuk Diambil Berlakon’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baim Wong Berdamai Dengan Diri Sendiri, Tidak Benci & Dendam Dengan Mana-Mana Pihak – ‘Doakan Yang Terbaik Buat Saya & Paula’

Baim Wong jemput Dicky ke tayangan filem

Menerusi hantaran tersebut, Baim dilihat memberi komen balas terhadap video Dicky iaitu seorang lelaki berbangsa Cina yang tular baru-baru ini.

Menurut Baim, perkongsiannya itu bukanlah bertujuan untuk mempromosikan sebarang karya terbaharu, sebaliknya kerana dia dapat merasakan kejujuran Dicky melalui nada suara yang didengarinya. 

Ini bukan promo filem. Satu video ini, buat saya rindu akan sesuatu.

Dari suaranya saya tahu dia tulus, bukan kerana kamera. Semoga dia mahu jadi tetamu istimewa saya untuk datang ke premiere filem.

Dalam pada itu, Baim turut menyatakan hasrat untuk menjemput Dicky sebagai tetamu istimewa ke acara tayangan perdana filemnya akan datang.

Sebelum ini, kisah Dicky mula mendapat perhatian apabila motosikalnya dilaporkan rosak di tepi jalan pada waktu malam sebelum dibantu oleh seorang mekanik iaitu Minyak Hitam Jalanan. 

Namun, apa yang menyentuh hati ramai ialah situasi ketika dia ingin membuat bayaran. Dicky dilihat tetap berkeras mahu membayar upah walaupun baki dalam akaun banknya hanya sekitar RM176.

Kejujuran dan keikhlasan itu membuatkan mekanik berkenaan berasa sebak, malah tidak sampai hati untuk mengenakan bayaran.

Sejak itu, Dicky menerima pelbagai sokongan daripada orang ramai, termasuk sumbangan ketika melakukan siaran langsung di TikTok.

Sumber: Threads Baim Wong