berita

Cacing Parasit Ditemui Hidup Dalam Otak Wanita Usia 64 Tahun

August 29th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Australia, seekor cacing parasit ditemui hidup dalam otak seorang wanita yang berusia 64 tahun selepas mengalami beberapa simptom.

Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Sedih Ziarah Kanak-Kanak Hidap Barah Saraf – ‘Kedua Mata Putih Tersembul Keluar’

Cacing Parasit

Memetik laporan The Guardian, penyelidik mendapati cacing parasit yang berukuran lapan centimeter itu adalah penemuan pertama di dunia.

Dikatakan, pesakit wanita itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut dan cirit-birit selama tiga minggu serta mengalami batuk kering yang berterusan, demam dan berpeluh pada waktu malam.

Susulan itu, pesakit dihantar untuk membuat imbasan pada bahagian otak, kemudian saintis membuat hipotesis bahawa seekor ular sawa berkemungkinan telah menumpahkan parasit melalui najisnya ke dalam rumput.

Mereka percaya pesakit mungkin dijangkiti parasit daripada menyentuh rumput asli dan telur berpindah ke makanan atau selepas pesakit makan sayur-sayuran.

Di fahamkan, wanita itu semakin pulih dan masih di dalam pemantauan secara berkala.

Sumber: The Guardian

SKIP THIS AD ×