berita

Cadang Perkenal Gojek Bantu Mat Motor, Netizen Respon Inisiatif Syed Saddiq

August 21st, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas, Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq mengusulkan untuk memperkenalkan perkhidmatan e-hailing motosikal di Malaysia. Perkhidmatan itu bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan mat motor selain memberi kemudahan kepada penumpang.

Cadangan itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata memberikan respon positif. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju mengambil kira pelbagai faktor termasuk keselamatan.

Peluang pekerjaan kepada mat motor

Assalamualaikum. Rakan-rakan dalam usaha kita untuk membela golongan mat motor, tidak cukup sekadar menganjurkan program one-off atau membina litar lumba. Mereka mahukan pembelaan, mereka mahukan pekerjaan, itu isu yang lebih penting bukan sahaja one-off program. Sebab itu satu bulan lepas saya berjumpa pengasas gojek yang telah menggajikan lebih 2 juta golongan mat motor di Indonesia dan ratusan ribu lagi di Thailand, Singapura dan Vietnam.

Hari ini saya berjaya membawa beliau untuk berjumpa YB Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Alhamdulilah pembentangan ini diterima baik dan akan muktamadkan perbentangan pada jemaah menteri Rabu ini. InsyaAllah kita ingin mencipta ratusan pekerjaan kepada golongan mat motor. Ingin membantu makcik pakcik pengusaha kecil. Doakan kejayaan kami.

Syed Saddiq dalam kenyataannya di Instagram mahu menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan mat motor sebagaimana yang dilakukan pengasas gojek di Indonesia. Beliau sendiri sudah berjumpa dengan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan untuk membincangkan hal ini.

Setuju

Di Twitter, ramai yang bersetuju dengan cadangan ini memandangkan kos motosikal lebih murah dibandingkan kereta. Mereka turut memuji usaha Syed Saddiq menyediakan pekerjaan selain membantu golongan berpendapatan rendah.

Adakah sesuai?

Sementara itu, bekas pelajar perubatan di Indonesia mengutarakan beberapa soalan yang perlu dijawab sebelum perkhidmatan ini dilaksanakan. Menurutnya, pelbagai aspek perlu diambil berat kerana situasi Malaysia berbeza dibandingkan Indonesia.

Dego Ride tidak dapat kelulusan

Walaubagaimanapun pengguna Twitter, Nedumaran E. berkata sebelum ini perkhidmatan teksi motosikal Dego pernah diperkenalkan namun tidak mendapat kelulusan disebabkan oleh faktor keselamatan, undang-undang dan insurans.

Malah, September tahun lalu, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang menawarkan perkhidmatan Dego Ride kerana tidak ianya tidak diluluskan untuk beroperasi.

Sumber : Syed Saddiq , Free Malaysia TodayFaizal Hamssin , Khairul Hafidz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×