berita

Cakra Khan Kembali Ke Kuala Lumpur 17 September Ini

August 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Cakra Khan

Penyanyi bersuara ‘husky’ dari Indonesia, Cakra Khan kembali ke Malaysia bagi menjayakan konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur dalam memenuhi rangka Dream Festival Collaboration Vol.4 yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 17 September ini.

Artikel Berkaitan: Cakra Khan Dapat ‘4 YES’ Dalam America’s Got Talent

Artikel Berkaitan: Cakra Khan Teruja, Video Uji Bakat America’s Got Talent Akan Disiarkan Minggu Hadapan

Penyanyi undangan misteri

Cakra Khan

Baru sahaja memukau penonton dan juri ketika sesi uji bakat di pentas America’s Got Talent (AGT) 2023, Cakra Khan kini mengatur pelbagai agenda besar untuk memantapkan perjalanan kerjaya seninya.

Pada malam konsert, peminat bakal disajikan dengan lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Cakra selama lebih sedekad berada dalam industri.

Menurut Pengarah Projek Dream Festival, Rama Ananda Ambri berkata konsert tersebut bakal menyaksikan persembahan istimewa Cakra bersama penyanyi undangan khas dari Malaysia.

Kemunculan Cakra bersama penyanyi undangan misteri itu bakal menghangatkan lagi siri Dream Festival Collaboration Vol. 4, sekali gus membawa penonton merentasi magis perjalanan hiburan yang tidak akan dilupakan.

Sebagai penyanyi, Cakra dilihat sebagai sosok yang sangat berbakat dan memiliki karisma tersendiri setiap kali beraksi di pentas. Dikenali dengan kehebatan vokal dan aksinya yang penuh energetik, kami yakin kemunculan terbaharu Cakra pasti memberikan kepuasan jitu kepada penggemarnya.

Bersama artis undangan yang masih dirahsiakan, kami yakin elemen kejutan itu bakal menambah daya tarikan acara, sekali gus memacu antusiasme penggemar muzik untuk memeriahkan konsert tersebut.

Dalam pada itu, pada acara yang dibawakan oleh Inspire IDN dengan kerjasama Laskar Entertainment tersebut juga menjanjikan persembahan spektakular daripada Cakra Khan.

Dream Festival Collaboration Vol. 4 dirancang dengan begitu teliti untuk memastikan semua yang hadir terhibur. Kami komited untuk memberikan pengalaman konsert yang tidak terlupakan kepada semua penonton.

Acara ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan penaja rasmi seperti Sari Ratu Prima, Hotbox dan Chatime. Sokongan mereka memberikan sumbangan besar dalam memastikan acara ini sukses.

Terdahulu, nama penyanyi berusia 31 tahun itu menjadi sebuatan dan mendapat tumpuan warganet apabila dia berjaya memperoleh empat ‘YES’ daripada juri-juri di AGT 2023 menerusi lagu Make It Rain dan No Woman, No Cry.

Bagi anda yang berminat menyaksikan persembahan Cakra Khan, tiket dijual pada harga RM178 (Kepada Hati), RM198 (Terlanjur Cinta), RM318 (Kekasih Bayangan), RM508 (Tanpa Batas Waktu) dan RM5,880 (Royal Box untuk lapan penonton) boleh diperoleh dengan melayari: www.ticket2u.com.

SKIP THIS AD ×