Di Instagram Story, pelakon, Fouziah Gous meluahkan rasa kesal apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) belum dimuktamadkan sehingga saat ini.
Artikel berkaitan: PRU15: Hormat Mandat Rakyat, Dira Tak Kisah BN Kekal Sebagai Pembangkang
Artikel berkaitan: PRU15: Wee Ka Siong Terkilan Pertemuan Khas BN Turut Dihadiri Pemimpin PH
Kenapa perlu jalan yang sukar?
Menerusi posting tersebut, Fouziah mempersoalkan sampai bila dia dan rakyat harus menunggu keputusan mengenai siapakah yang akan memimpin negara.
Matematik tu campur dan tolak sangat mudah. Tapi kenapa perlukan jalan yang sukar untuk gunakan formula yang mudah itu. Sampai bila nak menunggu. Kesal. Pilu. Hiba.
Terdahulu, Fauziah memuat naik beberapa foto ketika hadir membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Fouziah turut berkata dia menyerahkan segalanya kepada Allah berhubung keputusan PRU. Umum mengetahui, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 mencatat sejarah kerana buat kali pertama Malaysia mengalami parlimen yang tergantung selama dua hari.
Sumber: Fouziah Gous