Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menyifatkan kecantikan rupa paras seseorang itu tidak dapat menjamin kebahagian dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Cuma Cakap Duduklah Atas Paha Abang’ – Bella Astillah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Percayalah Selepas Hujan Pasti Ada Pelangi’- Bella Astillah Titip Ucapan Kepada Shuhada Sempena Hari Wanita
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Dah Lihat Hantaran Itu, Aliff Pun Dah Beri Kenyataan’ – Bella Astillah Tak Mahu Bicara Isu Rumah Tangga
Cantik untuk keyakinan diri
Menerusi laporan Harian Metro, Bella, 29, menyatakan bahawa kecantikkan seseorang wanita itu lebih kepada membentuk keyakinan pada diri sendiri.
Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah akui dirinya menjaga penampilan bukan bertujuan untuk menunjuk kepada orang.
Kalau nak cakap pasal dia ni cantik-cantik pun ramai saja (wanita) dengan Aliff, cantik-cantik pun kena tinggal. Tapi ianya terpulang kepada individu itu masing-masing.
Ada sahaja orang yang saya kenal, jenis tak bersiap, hanya jaga anak tapi suami dia tetap sayang. Jadinya masalah dalam rumah tangga ini tidak tertakluk pada kecantikan atau keperibadian seseorang.
Soal curang
Apabila ditanya mengenai kes curang, Bella menyatakan hal ini tidak boleh dijangka.
Katanya lagi, isu curang dalam rumah tangga berlaku pada sesiapa sahaja dan ianya berbalik kepada individu itu sendiri untuk melayan atau tidak.
Dalam soal curang ini, bukan terarah kepada lelaki sahaja. Wanita atau lelaki, dua-dua boleh curang. Cuma, untuk mengelaknya saya percaya jangan memberi ruang seperti kita bagi respon yang nampak okay.
Sumber: Harian Metro