Sebelum ini, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menegaskan tujuan dia membongkar perbuatan Sophia kepada umum adalah kerana sayangkan keluarga.
Akui Bella, dia takut Aliff tergoda dengan sikap aktres berumur 30 tahun itu yang manja dan lemah lembut sepanjang penggambaran drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’.
Artikel berkaitan: ‘Lepas Ni Ambil Watak Gengster, Kalau Romantik Ramai Yang Tergoda’ – Netizen ‘Respect’ Sikap Profesional Aliff Aziz Promosi Drama
Artikel berkaitan: ‘Kalau Hari-Hari Orang Datang Manja, Takut Juga Suami Sendiri Tersuka’ – Bella Astillah Tolak Poligami
Artikel berkaitan: ‘Please Don’t Tell My Parent’ – Bella Astillah Dedah Perbualan Whatsapp Dengan Sophia AlBarakbah
Saya rasa cukup
Ketika ditemu bual bersama pihak OhBulan! selepas selesai konsert akhir Famili Duo semalam, Bella berkata dia ingin menutup bicara mengenai kontroversi yang melanda dirinya, suami, Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah. Ujar Bella, dia memadam posting di Instagram kerana sudah berasa cukup dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh dirinya dan Aliff.
Saya rasa, orang pun ramai dah lihat hantaran itu. Jadi, saya rasa cukuplah. Aliff pun dah berikan kenyataan sebelum ini. Jadi, saya tak mahu berbicara perihal itu lagi.
Menurut Bella, tumpuannya adalah kepada muzik dan nyanyian selepas ini. Berjaya meraih tempat ketiga semalam, Bella dan Wani berkata mereka mahu meraikannya bersama keluarga terlebih dahulu.
Saya nak raikan apa yang saya dan Wani dapat pada malam ini. Sekarang, tumpuan saya adalah kepada nyanyian. Famili Duo banyak memberi saya pengalaman baharu sekaligus mencungkil kemampuan yang ada pada diri saya.
Menurut Wani pula, memenangi tempat ketiga dalam Famili Duo merupakan pencapaian yang terbaru buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.
Sebelum ini Wani banyak masuk pertandingan. Tapi kali ni Wani berjaya dapat tempat ketiga. Dulu Wani dapat nombor empat dan sekadar masuk pertandingan sahaja.
Disoal bagaimana cara Wani untuk memastikan Bella fokus dalam pertandingan meskipun dilanda pelbagai ujian, pelantun suara ‘Kamu Kamu’ ini memberitahu Bella seorang yang sangat profesional dan kuat. Tambah Wani, dia tidak suka bertanya atau masuk campur hal peribadi Bella. Sebagai pasangan dalam program Famili Duo, Wani berkata dia cuba mengalihkan pemikiran Bella daripada berfikir hal yang tidak sepatutnya.
Pentas akhir Famili Duo semalam menyaksikan Bella dan Wani menyanyikan lagu ‘Gila’ nyanyian asal Kaka Azraff, Loca B dan Noki serta lagu kedua mereka ‘Let It Go’ nyanyian Idina Menzel. Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.