
Personaliti media sosial dan penyanyi rap, Caprice membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa pukul seorang individu menerusi Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Asyraf Khalid Kesal Dengan Caprice, Bakal Fail Saman Isu Tetamu Podcast – ‘Ini Soal Maruah & Keselamatan’
Artikel Berkaitan: Caprice Berang Asyraf Khalid Jemput Individu Didakwa Mencederakan Orang Ke Podcast – ‘Shame On You’
Bakal terima saman
Menerusi perkongsian tersebut, Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli mendakwa dirinya bakal menerima saman daripada tiga individu berbeza termasuk usahawan terkenal, Asyraf Khalid.
Tambah penyanyi berusia 37 tahun itu, dia juga berkemungkinan akan dikenakan perintah injuksi yang menghalangnya daripada terus memperkatakan isu tersebut di media sosial.
Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa pukul.
Esok pagi (Selasa) menurut peguam saya, saya dijangka menerima tiga saman dan satu perintah satu injuksi daripada mahkamah supaya saya tidak boleh cakap tentang kes ini.
Dengan jelas saya akan lawan perintah injunksi itu, tetapi seperti anda semua tahu mahkamah di Malaysia ini prosesnya mungkin ambil masa selama 8 bulan atau setahun, mereka berjaya senyapkan saya.
Terima ugutan bunuh

Bukan itu sahaja, pelantun lagu ‘BAL’ itu turut mendakwa dirinya dan keluarga menerima ugutan bunuh hanya kerana mahu menegakkan kebenaran.
Disebabkan saya membela mangsa kaki pukul ini, saya dan keluarga terima ugutan bunuh dengan peluru dan saman disebabkan kita membela mereka.
Minta maaf Malaysia, hari ini mereka menang. Esok lusa, Insya-Allah kebenaran di pihak mangsa.
Terdahulu, Caprice meluahkan rasa berang terhadap Asyraf dengan memuat naik beberapa siri hantaran dengan menyelar tindakan usahawan itu yang menjemput seorang individu yang didakwa mencederakan orang ke porgram podcastnya, ‘Apa Cerita? Podcast’.
‘Apa Cerita? Podcast’ kemudiannya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi di Instagram (IG) dengan memohon maaf susulan menjemput seorang lelaki sebagai tetamu podcast yang didakwa pernah melakukan kekasaran terhadap beberapa orang.
Selepas itu, Asyraf pula meluahkan rasa kesal terhadap Caprice yang didakwa telah melakukan serangan secara berterusan terhadapnya.
Dakwa Asyraf, berdepan dengan gangguan emosi dan isu tersebut turut menjejaskan reputasinya sebagai usahawan.
Sumber: TikTok








