Personaliti media sosial, Caprice membuat pendedahan mengenai beberapa aduan ibu bapa yang diterima mengenai dakwaan anak mereka didera di sebuah tadika terkenal.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Dedah Perbuatan Jijik Bapa Berstatus Duda Pedofilia, Sudah Serah Bukti Kepada Pihak Polis

Artikel Berkaitan: Caprice Bakal Terima Saman Daripada Asyraf Khalid, Minta Maaf Kepada Mangsa-Mangsa – ‘Hari Ini Mereka Menang’

Budak didera di tadika

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli memuat naik beberapa gambar kanak-kanak dengan luka di anggota badan.

Dipercayai, kejadian tersebut terjadi di sebuah tadika terkenal yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, Caprice memohon pihak berkuasa agar segera membuat siasatan sebelum lebih ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa dera.

Makin banyak aduan masuk. Tolong tengokkan kes ini.

Respon pengerusi MARA

Sementara itu, perkongsian yang menerima lebih 10,000 ribu tontonan itu turut meraih perhatian Pengerusi MARA iaitu Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut terkesan sebagai penaja terbesar bagi pendidikan awal kanak-kanak di tadika tersebut.

Terima kasih Caprice maklumkan pada saya.

Institusi ini adalah syarikat yang mendapat pembiayaan MARA untuk pendidikan awal kanak-kanak. Setakat ini ada dua iaitu di Klang dan Bestari Jaya.

Menurut Dr Asyraf, tadika ini mendapat pembiayaan daripada MARA di dua buah lokasi iaitu Klang dan Bestari Jaya namun tidak bagi premis di Kota Kemuning.

Bagaimanapun, pembiayaan MARA bakal ditarik bagi dua buah lokasi tersebut jika siasatan mengesahkan kesalahan ke atas institusi tersebut.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Kota Kemuning bukan melibatkan operator di bawah pembiayaan MARA.

Walau bagaimanapun, saya minta pengurusan MARA untuk buat siasatan kerana saya tidak mahu MARA membiayai dan berkolaborasi dengan institusi yang ada rekod tidak menjaga kualiti pendidikan apatah lagi terkait dengan soal yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak.

Saya mohon jasa baik semua yang ada pengalaman dengan pusat-pusat di bawah tadika ini berkongsi.

Sumber: Instagram @capricedaddycap