berita

Caprice Nafi Sorok & Larikan Diri, Pelik Polis Minta Bantuan Interpol – ‘Ramai Saja WhatsApp Hari-Hari Minta Cenderamata’

August 21st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam kecoh apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice selepas gagal mendapat maklum balas berhubung tarikh untuk merakam percakapan dia dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Buka Satu Tabung Pun Untuk Pergi Gaza’ – Ebit Lew

Artikel Berkaitan: Nadir Akhirnya Buka ‘Cerita Sebenar’ Kenapa Misi Bantuan Ustaz Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai

Tak menyorok atau larikan diri

Bagaimanapun Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menegaskan dia tidak melarikan diri malah akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, dia sentiasa berhubung dengan pihak kedutaan Malaysia jadi tidak sepatutnya timbul isu tersebut.

Punya kecoh pagi-pagi bangun baca berita macam nak nampak kita ni tengah nyorok atau lari sedangkan kita santai saja kat sini jumpa Kedutaan Malaysia, Duta Palestine, dan sahabat-sahabat kita kat sini.

Setiap kali Caprice ada buat progress pasal Palestine… ada saja halangan atau cerita baru. Sumpah Caprice penat.

Dekat WhatsApp siap ada minta cenderamata

Dalam pada itu, pelantun lagu Lenglui turut berasa hairan mengapa pihak polis terpaksa menggunakan bantuan Interpol untuk menjejakinya sedangkan dia aktif di aplikasi WhatsApp.

Caprice pelik dengan kenyataan polis nak minta tolong Interpol sebab tak dapat hubungi Caprice. Sedangkan ramai saja WhatsApp kita hari-hari siap ada yang minta cenderamata lagi.

Terdahulu, pendakwah terkenal Ebit Lew dilaporkan hadir ke IPD Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Julai lalu. Ebit mendakwa dia telah difitnah Caprice susulan rungutan yang diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan.

 

Sumber: Instagram @capriceofficial

SKIP THIS AD ×