![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)
Personaliti media sosial, Caprice tampil mengulas susulan keputusan Mahkamah Sesyen berhubung kes membabitkan dirinya dan pendakwah bebas, Ebit Lew.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kenapa Orang Islam Mula Mempertikaikan Perjuangan Sumud Flotilla 2.0?’ – Caprice
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Dedah Penyanyi Muda Buat Servis Jual & Promosi Video Lucah – ‘Ramai Pengikut Budak Sekolah’
Kalah kes
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Caprice menzahirkan rasa kecewa selepas diarahkan untuk memohon maaf dan membayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew atas kesalahan memfitnah.
Menurut Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli, tuduhan terhadapnya tidak disertakan bukti kukuh namun keputusan mahkamah tetap memihak kepada plaintif.
Saya ada berita yang kurang baik. Kami kalah dalam prosiding mahkamah hari ini.
Malah, tuntutan balas yang kami failkan berkaitan tuduhan bahawa saya menolak ustaz ketika berada di Mesir, walaupun sehingga hari ini tiada bukti, kami turut kalah dalam perkara tersebut.
Dalam pada itu, Caprice berharap rayuannya akan dipertimbangkan di Mahkamah Tinggi dan keputusan yang berpihak kepada kebenaran dapat dicapai.
Jadi, saya sudah mengarahkan peguam saya untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini. Kami tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan berharap di Mahkamah Tinggi nanti kami mempunyai peluang yang lebih baik.
Walau apa pun, saya menghormati keputusan mahkamah. Saya telah dituduh secara umum dan saya terima apa yang telah berlaku. Ada masa kita kalah, ada masa kita menang. Saya berharap akhirnya kebenaran akan berpihak kepada kami.
Imbas kembali, pertikaian antara Caprice dan Ebit Lew bermula selepas penyanyi itu menerbitkan video bersama Mondy di YouTube pada 15 September 2023.
Ebit mendakwa video berkenaan dimuat naik tanpa mendapatkan pengesahan daripadanya atau pihak peguam terlebih dahulu, selain menimbulkan pelbagai kecaman dalam kalangan pengikut Caprice.
Susulan dakwaan fitnah tersebut, Mahkamah Sesyen memerintahkan Caprice memohon maaf kepada Ebit serta membayar ganti rugi sebanyak RM220,000.
Dalam perkembangan sama, Ebit menerusi Facebook menzahirkan rasa syukur selepas keputusan mahkamah itu memihak kepadanya.
Sumber: Instagram @capricedaddycap







