
Keputihan yang berketul sering kali menjadi petanda jangkitan dan memerlukan perhatian yang serius. Penjagaan yang betul bukan sahaja membantu merawat masalah yang sedia ada, tetapi juga mencegah jangkitan berulang.
Artikel Bekaitan: Alami Masalah Kelemumur? Ini Cara Berkesan Untuk Sihatkan Kulit Kepala Anda
Artikel Berkaitan: Lelangit & Bibir Kemerahan, Kemaluan Koyak & Berbau Hamis..Bongkar Budak 2 Tahun ‘Diratah’ Pemilik Rumah Sewa
Pemeriksaan & rawatan yang tepat

Sekadar Gambar Hiasan (The Asian Parent)
Berikut adalah langkah-langkah penting untuk menghilangkan dan menjaga kesihatan intim daripada keputihan berketul.
Langkah pertama adalah mendapatkan pemeriksaan dan doktor akan menentukan sama ada anda memerlukan ubat antikulat dalam bentuk oral (dimakan), topikal (disapu pada kawasan yang terjejas) atau supositori (dimasukkan ke dalam faraj).
Rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap jangkitan dan simptom yang dialami.
Seterusnya adalah dengan mencuci kawasan intim setiap hari menggunakan air bersih dan elakkan sabun berpewangi atau pencuci yang boleh mengganggu keseimbangan pH semula jadi pada kawasan tersebut.
Pilih pakaian mesra kulit

Sekadar Gambar Hiasan (Dr R Juhaidah Blog)
Selain itu, pemilihan pakaian yang selesa dan menyerap peluh merupakan antara faktor yang perlu dititikberatkan. Pilih pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas kerana ia membenarkan pengudaraan yang baik dan membantu menyerap kelembapan.
Elakkan daripada pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat atau diperbuat daripada bahan sintetik kerana ia memerangkap haba dan kelembapan.
Kemudian, hindari dari memakai seluar ketat untuk tempoh yang lama kerana kelembapan yang terperangkap boleh merangsang pertumbuhan yis dengan lebih cepat.
Pengambilan makanan seimbang juga memainkan peranan dalam keseimbangan flora faraj. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula. Sebaliknya, pilih makanan yang kaya dengan probiotik, seperti yogurt asli serta makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Langkah ini membantu menyokong sistem imun dan memulihkan keseimbangan bakteria baik dalam sistem penghadaman serta faraj.
Tukar tuala wanita secara berkala

Sekadar Gambar Hiasan (The Asian Parent)
Langkah seterusnya adalah elakkan mencuci bahagian dalam faraj (douching) kerana ia boleh mengganggu keseimbangan pH semula jadi sekaligus membunuh bakteria baik dan meningkatkan risiko jangkitan.
Jauhi penggunaan sabun wangi, tuala wanita berbau atau semburan pewangi pada kawasan intim kerana boleh menyebabkan iritasi.
Tukar tuala wanita (ketika haid), panty liner atau tampon setiap 4 hingga 6 jam walaupun aliran darah ringan.
Pastikan juga kawasan intim dibersihkan dan dikeringkan setiap kali selepas menukar tuala wanita.
Dengan mengamalkan langkah-langkah penjagaan ini serta mendapatkan rawatan sewajarnya, masalah keputihan berketul dapat diatasi dengan berkesan sekaligus mengekalkan kesihatan intim anda.
Sumber: Medical News Today, eCentral








