berita

Cara Betul Berus Gigi Anak Jika Mereka Selalu Mengamuk

February 26th, 2019 | by Shafika
Kesihatan & Hidup Aktif

Menjaga kesihatan gigi dan mulut memang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana untuk memastikan tidak berlaku masalah seperti gigi berlubang, gusi berdarah, dan juga mulut berbau. Lebih-lebih lagi jika berlaku ke atas kanak-kanak. Memang derita sungguh!

Di Facebook, seorang doktor kongsi teknik betul memberus gigi untuk kanak-kanak. Walaupun sukar, ini tidak bermakna mereka boleh terlepas dari membersihkan gigi. Bahaya okay!

Ikuti perkongsian doktor ini untuk mengatasi masalah itu..

“‘Doktor, saya tak berus gigi anak saya sebab dia mengamuk mengamuk tiap kali nak berus gigi.’

Ibu bapa semua, jika anak menangis/mengamuk taknak berus gigi, kita tak boleh putus asa dan terus tak berus gigi mereka. Anak kecil dalam proses belajar, jika mereka menangis taknak berus gigi dan kita pun taknak berus gigi mereka maka mereka akan belajar bahawa jika mereka menangis mereka tak perlu berus gigi. Jadi rutin ini akn sentiasa berlaku dan akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi menjadi rosak/berlubang.”

Cara memberus gigi jika anak mengamuk

“Cara bagaimana memberus gigi anak jika mereka menangis/mengamuk teruk.

1. Teknik Dua Orang (gambar pertama)
Jika anak mengamuk teruk, bapa boleh duduk dikerusi sambil memeluk anak di atas riba. Baringkan kepala anak diatas riba ibu sambil memegang tgn anak. Ibu boleh memegang kepala anak dan memaksa dia membuka mulut untuk memberus giginya.

2. Teknik seorang (gambar kedua dan ketiga)
Ibu/bapa boleh berdiri dibelakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka. Ataupun duduk dibawah dan meletakkn anak dicelah kaki dan memeluknya. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya.”

 

“Bukan perlu buat hari hari begini,hanya ketika anak mengamuk teruk tidak mahu berus gigi. Dengan cara ini, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis/mengamuk, rutin memberus gigi wajib juga dibuat. Lama kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka tak suka/tak mahu.

‘Nampak KEJAM la Doktor paksa and biar anak menangis teruk macam ni…kesian..’

Kita hanya memberus gigi tidak sampai 2 minit pun, selepas itu anak akan berhenti menangis. Jika kita membiarkan gigi anak anak kecil tidak diberus sehingga menyebabkan kerosakan semua gigi dan akhirnya anak menangis sepanjang malam tak tido sakit gigi, itulah sebenarnya yang lebih KEJAM.”

Sumber : Lovedentalcare

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×