berita

‘Cara Mereka Sangat Mendesak’ – Nama Kena Blacklist, Diana Danielle Tak Mahu Layan Tuntutan LHDN

April 26th, 2019 | by Hazurin
Isu & Kontroversi

Pelakon terkenal Datin Diana Danielle baru-baru ini telah meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila namanya disenarai hitam oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Dia yang hanya menyedari dirinya dikenakan sekatan ke luar negara adalah ketika mahu ke Jepun atas urusan kerja.

Tunggakan cukai pendapatan RM350,000

Menurut laporan Harian Metro, Diana disekat untuk ke luar negara kerana mempunyai tunggakan cukai pendapatannya yang dianggarkan sebanyak RM350,000.

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram Story Diana, dia mendakwa bahawa pihak LHDN tidak berhak meminta dirinya membayar sehingga agensi tersebut membayar ‘hutang’ sebanyak RM100,000 kepadanya terlebih dahulu yang dituntut sejak setahun lalu.

Diana juga mendakwa bahawa pihak LHDN tidak mengemukakan sebarang dokumen berikutan tuntutan tersebut. Namun, hasil perbincangan, jumlah tuntutan itu dikurangkan kepada RM150,000 dan perlu membayar secara ansuran sebanyak RM11,000 setiap bulan.

‘Saya dah tak mahu layan..’

Diana meluahkan dirinya dah cukup bersabar dan tidak mahu lagi melayan tuntutan tersebut kerana beranggapan LHDN terlalu mendesaknya.

Saya dah cukup sabar dan bertolak-ansur dengan mereka, tapi cara mereka sangat mendesak. Saya dah tak mahu layan.

Diana juga tidak mahu mengulas lanjut tentang tuntutannya itu. Sebelum ini dia diminta membuat bayaran ‘upfront’ sebanyak RM70,000 terlebih dahulu bagi membolehkan dirinya dibenarkan ke luar negara.

‘Kenapa lama sangat nak refund duit i?

View this post on Instagram

Hello MalayMail. First off, u never interviewed me, secondly your understanding is far off. Salahnya info korang. I DAH BAYAR TAXES, my case is DONE since 2017, yang saya tunggu adalah refund saya balik kerana dah SETAHUN tunggu belum dapat lagi, my taxes tak sampai seratus ribu tapi I dah bayar lebih sebab every time I needed to exit the country they will ask for 50k, 70k sekali masuk & keluar, so it added up to 100k++, so sambil I tunggu dapat balik my money, tup tup, I kena blacklisted! My tax agent yg selalu berhubungan dgn diorg for me pun terkejut sbb to our understanding we have no outstanding yg sampai perlu diblacklist, and as far as I know, there is no warning letter or email received… I dah hantar letter on Monday asking why, sampai harini I masih tak dapat reason for this. Persoalannya, kenapa lama sangat nak refund tapi cepat sgt nak blacklist sampai kita semua terkejut and tak faham kenapa. Mana “budi bicara” yg sinonim dgn mereka? That is MY issue yg I bangkitkan. Now pls correct your article. . Kalau anda org biasa mcm saya, yg tak tahu nak buat offshore account, tak ada emas bawah peti ais, dan tak ada accountants mahal2 yg boleh lesapkan pendapatan, mana mungkin I boleh lari taxes. I bayar dan we have our tax agent to take care of our account. So macam mana saya tak pelik bila nak melangkah keluar ke singapore, abg imigresen tu malu2 nak cakap “um cik, cik nampaknya ada blacklisted dari LHDN 2 minggu lepas”. AIK! Terkejut tak kalau kat pintu negara org tiba2 dihulur news secantik itu? Malu eh, nak berbalas dgn en immigresen sedangkan kita pun memang tak tahu! Saya agak terkilan dan terus minta ibu saya hubungi my tax agent yang langsung terkejut jua AIK! Bila masa kita ada outstanding lagi, so sampai skrg I still tak tahu walau dah hantar surat untuk mengetahui status saya. Sekian.

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Terbaharu, menerusi kenyataan Diana di laman Instagramnya, dia menjelaskan kepada semua pihak tentang perkara sebenar. Menurutnya, dia berasa tidak puas hati kenapa terlalu lama pihak LHDN mahu memulangkan tuntutannya sebelum ini. Dia juga mempersoalkan dimana budi bicara oleh pihak tersebut kerana walaupun dia sudah membayar taxes dengan jumlah hampir 100,000 tapi namanya disenarai hitam secara tiba-tiba. Dia turut menjelaskan, pihaknya sudah menghantar surat kepada LHDN dan masih menunggu respon daripada mereka.

Sumber: Harian Metro