berita

Cara Permohonan, Kemas Kini & Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

March 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan meneruskan bantuan wang tunai kepada golongan yang berkelayakan.

Tarikh pendaftaran sudah dibuka

Sekadar gambar hiasan

Perdana Menteri yang juga merangkap sebagai Menteri Kewangan memaklumkan bahawa bayaran bantuan kewangan yang dijenamakan sebagai Sumbangan Tunai Ramah (STR) 2023 akan diteruskan. Menurut kenyataan media terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia, tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini STR akan dibuka mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.

Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan di samping data beberapa agensi Kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Bagi STR Fasa 1, pembayaran telah disalurkan bermula 17 Januari 2023 dan bagi Fasa 2, bayaran akan dibuat bermula April manakala Fasa 3 pula pada bulan Julai dan Fasa 4 pada November.

Cara mohon STR

Untuk makluman semua, maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

Pertama sekali, anda perlu layari laman sesawang rasmi Bantuan Tunai dan cuba untuk log masuk ke akaun mySTR. Sekiranya berjaya, anda hanya perlu kemas kini sahaja maklumat terkini anda. Tetapi sekiranya tidak berjaya, anda perlu membuat permohonan baharu sama ada secara dalam talian atau secara manual/borang. Berikut merupakan tarikh penting yang perlu anda tahu:

Permohonan secara dalam talian: 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023. Anda yang ingin membuat permohonan secara dalam talian, boleh layari laman sesawang berikut https://bantuantunai.hasil.gov.my. Selain itu, permohonan juga boleh dibuat melalui Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store atau App Store.

Permohonan secara manual: 8 Mac sehingga 31 Mac 2023. Anda boleh hadir ke Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS) LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR.

Kelayakan

SKIP THIS AD ×