berita

Caras: Suami ‘Playboy’ Punca Artis Popular Bercerai?

November 14th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Biasa kita dengar jika wanita bercerai dengan suami adalah disebabkan sikap suami, betul tak? Lagi-lagi jika suami itu dikatakan seorang ‘playboy’.

Itulah yang masih menjadi tanda tanya pada kami. Menurut khabar yang bertiup, antara punca keretakan rumahtangga artis wanita popular ini adalah disebabkan suaminya yang kami dengar, seorang ‘playboy’ walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Mungkin jika kami sebut siapa artis ini, pasti sudah ramai yang tahu siapakah gerangan mereka. Selepas menafikan bahawa mereka berdua telah pun bercerai, satu sumber dari sebuah forum hiburan mengatakan bahawa mereka berdua sudah pun bercerai pada bulan lepas.

Tidak cukup disitu, sumber OHBULAN! turut memberitahu bahawa mereka sememangnya sudah bercerai namun terpaksa merahsiakan perkara ini kerana takut impak yang akan mendatang. Apa yang menjadi pertanyaan ialah, benarkah si suami ini ‘playboy’ sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga mereka berdua?

Ataupun atas perkara lain yang tak dapat dielakkan? Biasalah, rumah tangga mana yang sempurna kan?

Lain pula ceritanya, OHBULAN! sebelum ini pernah mendengar dari satu lagi sumber mengatakan bahawa sebenarnya isu yang berlaku ini adalah disebabkan karma. Artis wanita yang khabarnya sudah bercerai ini dikatakan pernah mempunyai anak ikan dan mungkin ini balasan kepadanya semula.

Entahlah, mana satu yang boleh dipercayai ini. Tapi, biasalah, siapa yang akan mengaku salah sendiri, kan? Harapnya ini semua adalah sekadar khabar angin saja. Lagi pun, biasalah, kalau tiada gosip, bukan artis lah namanya kan?

SKIP THIS AD ×