

Pempengaruh media sosial, CEO Batu yang didakwa menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan.
Artikel Berkaitan: Caprice Dedah CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Remaja, Merayu Jangan Buat Laporan Polis? – ’Sujud Pun Saya Sanggup, Saya Ada Orang Tua Untuk Bagi Nafkah’
CEO Batu ditahan polis

Memetik laporan Harian Metro, individu yang dikenali sebagai CEO Batu itu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada Khamis.
Lelaki berusia 22 tahun itu kini ditahan reman bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Ya, kami dah siasat.
Terdahulu, personaliti media sosial, Caprice mendedahkan perbualan antara seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Isha dengan individu yang didakwa sebagai CEO Batu.
Difahamkan, perbualan antara mereka bermula apabila Isha menghubungi CEO Batu dan menyatakan hasratnya untuk menghasilkan kandungan TikTok bersama.
Namun, komunikasi tersebut bertukar menjadi insiden kurang menyenangkan apabila CEO Batu didakwa mengambil kesempatan dengan menghantar foto tidak senonoh kepada remaja terbabit.
Bagaimanapun, CEO Batu kemudian merayu agar ibu mangsa tidak melaporkan kepada pihak polis dan mengakui kesilapannya yang terlepas pandang akan gambar tersebut.
Sumber: Harian Metro








