Lebih kurang sebulan yang lalu, pelakon terkenal Korea Selatan, Song Ji Hyo membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk meninggalkan agensi Uzurocks Entertainment hanya selepas beberapa bulan menyertainya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahir Berbahasa Isyarat, Song Ji Hyo Makin Disayangi Peminat Di Malaysia
Hutang hampir RM3.5 juta
Memetik laporan KoreaBoo, sehingga pada bulan Januari 2023, agensi berkenaan dilaporkan tidak pernah membayar gaji ahli Running Man itu yang bernilai 900 million KRW (RM3.219 juta).
Lebih menyentuh hati, terdapat juga dakwaan mengenai agensi berkenaan yang culas membayar gaji pekerjanya sehinggakan mereka mempunyai masalah untuk membayar tanggungan dan terpaksa menggunakan kredit kad.
Perkara tersebut menguatkan lagi sebab untuk Song Ji-Hyo meninggalkan agensi berkenaan. Malah, pelakon Intruder itu turut menyaman agensi berkenaan kerana berlaku kejam terhadap para pekerjanya.
Saya tidak kisah walaupun masih belum mendapat sebarang duit namun, pekerja di syarikat itu kini sudah terjejas. Kad kredit mereka ditolak dan sebagainya.
CEO siap beli kereta Porsche
Dalam perkembangan lain, seorang dispatch yang bekerja di Uzurocks tampil menyuarakan kehairanannya terhadap CEO agensi tersebut yang culas membayar gaji Song Ji-Hyo dan para pekerja yang lain namun mampu untuk membeli sebuah kereta mewah berjenama Porsche.
Namun dispatch tersebut berasa terharu dan memuji tindakan Song Ji-Hyo yang membantu memberikan sedikit wang kepada pekerja syarikat terbabit meskipun gajinya tidak dibayar.
Rata-rata pekerja Uzurocks yang terkesan dengan situasi itu memuji Song Ji-Hyo yang turut menawarkan kepada mereka untuk menggunakan ‘personal card’ miliknya bagi membayar tanggungan mereka.
Sekadar info, Song Ji-Hyo yang begitu terkenal ketika menyertai rancangan realiti Running Man menyertai agensi Uzurocks Entertainment pada Oktober 2022 yang lalu.
Namun, sehingga Januari 2023 yang lalu, Song Ji-Hyo dilaporkan tidak menerima sebarang gaji bernilai Rm3.219 juta dan mengambil keputusan untuk meninggalkan agensi terbabit.
Sumber: KoreaBoo