Pelakon Korea Selatan dan ahli Running Man, Song Ji Hyo meraih perhatian netizen apabila dilihat mahir menggunakan bahasa isyarat ketika sesi bertemu peminat di Sentul Depot, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Kekok Guna Bahasa Isyarat Layan Peminat OKU, Alif Satar Dipuji Netizen – ‘Ini Baru Artis Serba Boleh!’
Artikel Berkaitan: Gadis Bertudung Ini Digelar ‘Song Ji Hyo Malaysia’ & Punyai 33 Ribu Followers Di Instagram!
Bahasa isyarat
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Song Ji Hyo didatangi peminat yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
Tindakan pelakon berumur 41 tahun mampu menggunakan bahasa isyarat untuk berinteraksi bersama peminatnya membuatkan orang terharu.
Kedatangan Song Ji Hyo ke Malaysia buat kali kedua sememangnya dialu-alukan oleh para peminat. ‘Fan Service’ yang dikatakan terbaik membuatkan ramai terpesona dengan kebaikan pelakon kelahiran Korea Selatan itu.
Song Ji Hyo tahu bagaimana untuk menggunakan bahasa isyrat, dia menggunakannya untuk berkomunikasi bersama peminatnya.
Song Ji Hyo the sweetest and best girl!
@sngmsyn song jihyo knew how to sign language, she use it to communicate with her fans?? she’s really the sweetest and best girl!! #songjihyo #??? #fyp
Makin disayangi
Hasil pemerhatian OhBulan!, video yang sudah mendapat tontonan lebih daripada 700,000 itu telah membuatkan Song Ji Hyo lebih dikenali dan disayangi rakyat Malaysia.
Sumber: TikTok @sngmsyn