Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon, Cat Farish, mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Suriani Hassan dengan talak satu di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Keruhkan Keadaan, Cat Farish Biar Mahkamah Tentukan Isu Lafaz Cerai 3 Kali
Artikel Berkaitan: Isteri Dakwa Cat Farish Dah Lafaz Cerai 3 Kali, Terkejut Tanpa Sebab
Cerai talak satu bukan talak 3
Ada beberapa masalah yang terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Cuma apabila cerita ini bertukar tangan ia jadi lain. Perceraian itu memang berlaku tapi hanya talak satu, bukan talak tiga.
Disebabkan sikap saya yang selalu cakap berulang-ulang menyebabkan perkara itu berlaku (dikatakan cerai talak tiga). Malah, kejadian itu berlaku terlalu pantas memandangkan masalah yang ada sudah lama.
Menurut Cat, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak menemui jalan penyelesaian untuk berdamai. Ini kerana, masing-masing sukar mengawal emosi.
Kenapa saya berdiam diri sebab saya tahu emosi orang, lebih-lebih lagi kalau kedua-duanya pun ibarat ‘api’, pasti akan jadi lebih teruk. Jadi, saya tunggu sampai tarikh perbicaraan di mahkamah dan hakim pun tidak cakap apa-apa, cuma nak pengesahan talak yang saya lafazkan.
Disebabkan sikap saya yang selalu cakap berulang-ulang menyebabkan perkara itu berlaku (dikatakan cerai talak tiga). Malah, kejadian berlaku terlalu pantas memandangkan masalah yang ada sudah lama.
Berdiam diri
Cuma nak berbincang agak susah sebab kami dalam keadaan yang beremosi. Nak berdamai pun tak berjaya sebab dia awal-awal lagi sudah keluar rumah dan tinggal bersama keluarganya di Senawang, Negeri Sembilan. Saya hanya mampu memberi sokongan daripada luar.
Saya nak berkomunikasi dengannya pun sukar sebab bila diberi peluang untuk bercakap pasti ada topik yang timbul hingga akhirnya membuatkan emosi masing-masing terganggu. Jadi, lebih baik elakkan diri daripada bercakap dan saya memilih berurusan dengan ahli keluarganya.
Ditanya mengenai pengajaran terbesar untuk perkahwinan kedua ini, Cat Farish berkata, selepas ini dia tidak akan terburu-buru untuk menikahi seseorang.
Sumber: Berita Harian