berita

Cerai Talak Satu Selepas Setahun Berkahwin

December 20th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jodoh terletak di tangan Tuhan, tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku selepas berkahwin.

Itulah yang terjadi pada pasangan, Chef Riz & Ana Dahlia apabila mereka disahkan bercerai pada 10 Disember lepas selepas setahun berkahwin. Isu rumahtangga kedua selebriti ini mula menjadi hangat sekitar dua bulan lepas (Oktober) apabila masing-masing dikatakan sudah tidak mempunyai sefahaman lagi.

Menerusi laporan mStar Online, Riz yang dihubungi telah mengesahkan dia dan Ana Dahlia telah pun bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor.

“Benar, kemelut perhubungan kami sudah selesai. Kami telah pun bercerai talak satu secara sah.”

Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar pula hanya menganggap ini sudah takdir Tuhan dan cuba menerima keadaan sebaiknya.

“Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, Insya-Allah.” – dipetik dari mStar Online.

Untuk pengetahuan, Ana Dahlia & Chef Riz telah bernikah pada 11 Disember 2011.

SKIP THIS AD ×