berita

Chef Riz Cuba Selamatkan Perkahwinan Dengan Ana Dahlia

October 31st, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Akhirnya, selepas spekulasi demi spekulasi, Chef Riz yang juga merupakan anak kepada Chef Wan mengaku bahawa rumah tanggan dia dan isterinya, Ana Dahlia sedang bergolak.

Semalam, sebuah portal hiburan melaporkan bahawa ada saksi mengatakan terlihat pasangan ini mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Namun, menerusi laporan Kosmo! hari ini, Chef Riz menafikan perkara tersebut.

Menurut Chef Riz lagi, dia kini sedang dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya dan mengaku masih sayangkan isterinya, Ana Dahlia.

“Biasalah dalam perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang kami ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami.

“Saya sayangkan dia (Ana) dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah perkembangannya.” – Chef Riz.

Apa pun, kita doakan yang terbaik dan OHBULAN! kini sedang mencuba untuk mendapatkan penjelasan dari Ana Dahlia sendiri.

SKIP THIS AD ×