Sebelum ini, beberapa laporan telah diterima pihak polis berhubung seorang pendakwah selebriti yang didakwa merogol beberapa orang kenalan wanita. Pada 27 November lalu, pendakwah itu direman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berkaitan laporan yang diterima.
Artikel berkaitan: Cara Cakap Jadi Tarikan Mangsa’ – Polis Terima Lima Lagi Laporan Berkaitan Penceramah Muda
Hari ini, menerusi laporan Berita Harian, pendakwah selebriti itu dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pula untuk permohonan reman oleh pihak polis.
Dua lagi laporan diterima
Polis Petaling Jaya menerima dua laporan terhadap suspek. Salah satu antara laporan itu adalah atas dakwaan merogol, manakala, satu lagi laporan atas dakwaan cabul dan seks luar tabii. Kedua-dua laporan diterima di Balai Polis Petaling Jaya.
Suspek dilihat tiba di hadapan pintu masuk mahkamah pada jam 10.30 pagi dengan diiringi dua anggota polis sejurusnya dibawa ke Bilik Reman di tingkat satu Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Susulan itu, suspek direman sekali lagi bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung dua laporan polis yang diterima berkaitan kes rogol, gangguan seksual dan seks luar tabii terhadapnya.
https://www.facebook.com/UtusanOnline/videos/387363056020910
Sumber: Berita Harian, Utusan Online.