Sebelum ini, sudah beberapa laporan diterima pihak polis berhubung dakwaan seorang pendakwah muda merogol beberapa kenalan wanita di laman sosial. Pihak polis turut menasihati mangsa-mangsa yang belum membuat laporan polis berhubung isu ini untuk tampil bagi bantu siasatan.
Artikel berkaitan: ‘Pendakwah Itu Pernah Ugut Nak Saman Jika Saya Buka Mulut’ – Mangsa
Terbaru, memetik laporan Berita Harian, sebanyak lima lagi laporan terhadap pendakwah muda itu diterima hari ini ketika suspek masih dalam tahanan reman.
Cakap bercakap jadi tarikan
Dilaporkan sehingga hari ini terdapat sebanyak lima laporan diterima pihak polis dari dua daerah berlainan. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.
Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita menggesa semua tampil ke hadapan sekiranya mereka menjadi mangsa pendakwah ini. Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini.
Jelasnya lagi, imej pendakwah tersebut yang mampu menenang, meyakinkan mangsa, dan bercakap soal agama menjadi tarikan utama kepada mangsa.
Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa.
Kita akan ambil tindakan, tak perlu takut
Ilmu pengasih saya tidak tahu, tapi kadang-kala lelaki warga asing kulit hitam pun boleh dapat gadis yang muda cantik juga. Ini bermakna cara bercakap, mendengar masalah, itu yang menjadi kelemahan wanita apabila mendapat nasihat dan tunjuk ajar.
Jelasnya lagi, mangsa tidak boleh dipersalahkan kerana ia melibatkan maruah. Jadi, jika seorang berani untuk membuat laporan, sudah pastinya mangsa yang lain akan tampil untuk melakukan perkara yang sama.
Pihak polis turut menyeru kepada wanita yang pernah menjadi mangsa supaya tampil membuat laporan dengan segera.
Sumber: Berita Harian