
Personaliti media sosial dan pelakon, Chazynash tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataannya sebelum ini berkaitan isu tuntutan mutaah.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Terpaksa Tarik Mutaah, Rumah & Kereta’ – Chazynash Dakwa Terganggu Dengan Fitnah, Beri Amaran Pada Bekas Isteri & Individu Terlibat
Artikel Berkaitan: Peguam Tepis Kenyataan Chazynash Dakwa Fatin Morat Tamak Tuntut Harta Sepencarian
Penjelasan Chazynash
Menerusi hantaran di Threads, Chazynash atau nama lengkapnya Syed Fernarsh Syed Badlishah menjelaskan bahawa keputusan pemberian mutaah tersebut merupakan hasil persetujuan bersama antara dirinya dan bekas isteri, Fatin Morat.
Untuk penjelasan, keputusan pemberian mutaah tersebut bukan dibuat melalui proses mahkamah, sebaliknya atas persetujuan bersama secara baik antara kami pada ketika itu.
Dia setuju, selagi saya tak culas nafkah anak-anak. la dibuat dengan niat untuk menyelesaikan perkara secara damai tanpa memanjangkan urusan dan keletihan berulang-alik ke mahkamah.
Walau bagaimanapun, Chazynash mengakui bahawa cara dan bentuk persetujuan tersebut adalah satu kelemahan daripada pihak dirinya sendiri kerana ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Saya mohon, jangan lah kecam saya atau dia dalam hal ini. Saya pun dah redha sekarang dengan apa yang telah berlaku.
Duit hadiah/mutaah tersebut,saya tak jadi tuntut semula.
Susulan daripada itu, Chazynash memohon agar orang ramai berhenti mengecam dirinya mahupun pihak bekas isteri.
Saya mendoakan agar dia sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik saja. Kini, saya hanya ingin meneruskan kehidupan dengan tenang bersama isteri dan anak-anak.
Sekali lagi, saya mohon maaf dan terima kasih atas teguran serta nasihat yang diberikan. Sekian, terima kasih.
Sebelum ini, Chazynash membuat keputusan untuk menarik balik pemberian muta’ah sebanyak RM100,000 terhadap Fatin kerana mendakwa bekas isterinya telah menuntut harta sepencarian.
Chaznash turut menyifatkan Fatin sebagai seorang tamak kerana dia memilih untuk menuntut harta sepencarian walaupun sudah diberikan pemberian muta’ah.
Sumber: Thread Chazynash