berita

Che’ Puan Khaleeda Mahu Suspek Dera Terima Hukuman Setimpal – ‘Binatang Pun Tak Mendidik Anak Sebegini’

July 23rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isteri kepada Pemangku Sultan Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman tampil bersuara berhubung isu wanita mendera anak angkatnya yang didedahkan menerusi satu video viral semalam.

Artikel berkaitan: ‘Hari-Hari Alia Kena Pukul, Bukan Sebab Nakal…’ – Pemilik Video Viral Tampil Cerita Situasi Di Rumah

Artikel berkaitan: Viral Kanak-Kanak 4 Tahun Diseksa Sebab Enggan Makan Nasi, Suami Isteri Ditahan Polis

Artikel berkaitan : Video Wanita Pukul Kanak-Kanak Guna Batang Penyapu Undang Amarah #JusticeForAlia

Terima kasih kongsi video ini

Menerusi Instagram Stories Che’ Puan Khaleeda, beliau sedang mengumpul maklumat daripada pihak berkuasa dan akan memastikan suspek tidak akan terlepas daripada hukuman.

Terima kasih atas keprihatinan anda semua dan berkongsi video ini kepada saya. Binatang pun tidak mendidik anaknya sebegini!

Ujar Che’ Puan Khaleeda lagi, beliau berterima kasih kepada pihak polis kerana segera mengambil tindakan terhadap suspek dan berharap adik Alia akan mendapat keadilan berhubung kes ini. Di akhir posting, Che’ Puan Khaleeda berkata isu penderaan tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan kanak-kanak.

Terdahulu, pihak polis Kajang telah mengambil tindakan dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada terus didera oleh suspek. Siasatan awal mendapati, mangsa tidak suka makan nasi dan suspek telah memaksa mangsa untuk makan dan telan nasi yang disediakan.

Sumber: Che’ Puan Khaleeda 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×