berita

Che’ Puan Khaleeda Sedia Maklum Kes Dera Bayi Di Johor- ‘Video Itu Sampai Ke Perhatian Saya’

May 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Kecoh di laman sosial sejak kelmarin mengenai kisah seorang pengasuh pusat penjagaan kanak-kanak (taska) yang bertindak mengasari dua bayi di sebuah taska swasta di Mutiara Rini, Johor Bahru.

Artikel Berkaitan: Viral Pengasuh Disyaki Menekap & Hempas Bayi Sehingga Mengerang Kesakitan

Artikel Berkaitan: Siti Bainun Dipenjara 12 Tahun, Che’ Puan Khaleeda Rakam Ucapan Penghargaan Pada Pihak Terlibat

Che’ Puan Khaleeda ambil maklum

Kes berkenaan kemudian menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan pengasuh tersebut.

Malah, kes itu turut menyorot perhatian isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Menerusi hantaran di Instagram, Che’ Puan Khaleeda memaklumkan perkara tersebut telah sampai ke pengetahuannya dan sudah pun menonton video yang tular itu.

Saya mengambil maklum tentang kes penderaan dua orang kanak-kanak membabitkan seorang pengasuh di Skudai, Johor.

Saya hargai usaha anda semua yang berkongsi video penderaan itu di media sosial sehingga sampai ke perhatian saya.

Dalam pada itu, Che’ Puan Khaleeda menegaskan bahawa kes penderaan kanak-kanak merupakan satu jenayah yang berat di negara ini.

Justeru, baginda menyeru orang ramai agar sentiasa melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk ancaman mahupun penderaan.

Berulang kali saya tegaskan bahawa penderaan kanak-kanak merupakan sebarang ancaman jenayah berat yang perlu diambil serius oleh semua pihak.

Kanak-kanak adalah aset terbesar negara dan perlu dilindungi daripada sebarang ancaman yang boleh membahayakan keselematan serta kesejahteraan mereka.

Tiada alasan untuk ‘membenarkan’ keganasan fizikal atau mental terhadap kanak-kanak dan jenayah ini harus ditangani menerusi segala kaedah mengikut undang-undang serta penguatkuasaan yang ditetapkan.

Saya menyeru sebagai komuniti yang prihatin, kita perlu bersama-sama melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan dan memberikan mereka masa depan lebih baik dan cerah.

Sementara itu, memetik laporan Awani, pengasuh wanita berusia 21 tahun itu telah ditahan reman selama empat hari bermula 16 April hingga 19 April bagi membantu siasatan kes. Reman tersebut telah dikeluarkan  oleh Majisteret R Salini di Mahkamah Majisteret Johor Bahru, pagi Selasa.

Terdahulu, wanita tersebut bertindak mengasari dua orang bayi dengan menepuk kepala dan meniup muka bayi itu ketika mereka sedang menangis.

Sumber: Instagram, Awani

SKIP THIS AD ×