Tular di media sosial sejak kelmarin sebuah video yang memaparkan seorang pengasuh di sebuah taska dipercayai sedang mendera seorang bayi.
Artikel Berkaitan: Patutlah Badan Anak Penuh Kesan Gigit & Cakar, CCTV Bongkar ’Sisi Gelap’ Taska Ternama?
Artikel Berkaitan: Tubuh Anak Penuh Luka & Jumpa 8 Kesan Gigitan, Bapa Kesal Pusat Jagaan Kanak-Kanak Lepas Tangan
Artikel Berkaitan: Cakar Pipi & Pukul Bayi 11 Bulan, Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah
Tidak berperikemanusiaan
Menerusi video yang dimuat naik, pengasuh tersebut tanpa mempedulikan tangisan kanak-kanak itu bertindak kasar dengan menekap dan menghempas kepalanya.
Wanita itu juga dilihat meniup hidung kanak-kanak berkenaan ketika dia sedang tidur sehingga mendatangkan ketidakselesaan serta merasa rimas lalu dia terjaga dan menangis.
Kejadian yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku di sebuah taska di Skudai, Johor.
Tindakan ‘viral’ oleh selebriti
Dalam pada itu, kes berkenaan juga telah mendapat perhatian selebriti tempatan antaranya penyanyi rap Caprice, pelakon Didie Alias dan Elfira Loy yang bertindak berkongsi kes dera tersebut di Instagram (IG) mereka.
Sumber: Instagram