berita

Che Ta ‘Naik Hantu’ Baca Tajuk Rumah Tangga Didakwa Goyah – ‘Bab* Mana Yang Buat Cerita Ni?’

August 11th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa marah apabila sebuah page di Facebook mendakwa hubungannya dengan suami, Zain Saidin sedang dilanda masalah.

Bab* mana yang buat cerita ni?

Menerusi posting yang dimuat naik, page tersebut mendakwa rumah tangga Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta sedang dilanda masalah meskipun usia perkahwinannya sudah mencecah 10 tahun. Lebih teruk, page berkenaan mendakwa Zain seorang yang suka ‘naik tangan’ dan tidak pernah berubah.

Berikutan daripada itu, Che Ta menganggap tajuk yang dibuat itu sangatlah biadab.

Bab* mana yang duk buat cerita ni? Kurang ajar. Tolong report sat page ni.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat meluahkan rasa geram sebaik sahaja membaca tajuk page tersebut. Bukan itu sahaja, segelintir daripada mereka menyuruh Che Ta untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sumber: Rozita Che Wan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×