berita

Che Ta Terkilan Artis Wanita ‘Free Hair’ Hanya Bertudung Sebab Jadi Duta, Bukan Kerana Allah – ‘Lebih Dengar Perintah Manusia’

April 4th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Rozita Che Wan

Dramatis dan usahawan popular, Rozita Che Wan, 51, meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir selebriti yang tidak berhijab tetapi sanggup menerima tawaran untuk menjadi duta jenama tudung.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Pepandai Nak Ajar Kami’ – Gaya Aaisyah Macam Orang Dewasa, Che Ta Tampil Bidas Komen Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Che Ta Tegur & Ajar Aaisyah Posing Curi Tumpuan

‘Bertudung kerana Allah’

Rozita Che Wan

Menurut Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta, selebriti tersebut sepatutnya memakai tudung kerana itu merupakan perintah Allah dan bukan melakukannya disebabkan menjadi duta atau bayaran semata-mata.

Kalau tak pakai tudung tapi mengatur orang yang pakai tudung, tidaklah. Kita ini semakin hari semakin mengenal agama dan tuhan lebih dekat.

Jadi saya agak terkilan apabila ramai yang tidak mahu pakai tudung kerana perintah Allah. Tetapi bila dibayar jadi duta mereka sanggup bertudung.

Lepas itu mereka minta orang lain doakannya dapat hidayah. Hidayah tak hanya minta dengan doa, tetapi kena cari sendiri.

Apabila seseorang itu tahu sebab dia berubah (ke arah lebih baik), insya-Allah secara automatik dia akan istiqamah.

Che Ta berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu temu bual yang dimuat naik di TikTok Majalah Wanita.

Dalam masa sama, isteri kepada aktor Zain Saidin itu menyifatkan tindakan segelintir selebriti yang berbuat demikian adalah tidak betul dan salah di sisi agama.

Apabila saya lihat ramai artis tidak bertudung tapi sanggup bertudung apabila dia dijadikan duta dan dibayar, itu tindakan yang tidak betul.

Lainlah dia itu memang tak pakai tudung dan menolak tawaran jadi duta tudung, saya tidak terkilan.

Itu bermakna dia lebih dengar perintah manusia berbanding perintah Allah. Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan kerana bertudung itu wajib.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×