berita

[VIDEO] Gelagat Che Ta Tegur & Ajar Aaisyah Posing Curi Tumpuan

March 29th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gelagat pelakon Rozita Che Wan ketika menjayakan sebuah photoshoot bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, baru-baru ini, berjaya mencuri perhatian netizen di media sosial.

Artikel berkaitan: ‘Saya Dilahirkan Memang Bukan Anak Orang Senang’ – Rozita Che Wan

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Nauzubillah, Ramai Selebriti Sanggup Jadi Model Tudung Bukan Sebab Allah Tapi Bayaran’ – Rozita Che Wan

Posing betul-betul la

Menerusi video yang dikongsikan, Che Ta dilihat sedang menyuruh anak perempuannya melakukan posing yang cantik persis model.

Namun begitu, cara posing Aaisyah dilihat sedikit kekok apabila kedudukan kakinya tidak sama seperti ibunya. Berikutan daripada itu, Che Ta dilihat menegur dan mengajar anaknya cara posing yang betul.

Aaisyah kaki macam ni. Macam tak biasa ambil gambar. Apasal kaki macam budak rempit tu. Duduk elok-elok sikit macam ni. Macam lutut mummy ni.

Kami nak jadi model dia pun sama, tapi kaki dok lagu tu, kan dah kene daaaaihh dengan kami, karang kami posing sorang-sorang dia merajuk, melalak pula, dah ajak sekali dia buat kelaku(perangai) saja buat mak dia amuk (mengamuk).

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat anak beranak ini.

Orang kedah kalau tegur anak dia mesti kata oiii…itulah teguran paling berkasih sayang.

Bila melawa macam Che Ta, tapi karakter Zain tetap ada.

Hahahahaha lamanya tak dengaq, nak kena daih.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Sumber: Che Ta

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×