berita

Check Kehamilan Setiap Kali Lambat Period, Reaksi Bakal Bapa Bikin Netizen Tersentuh

August 8th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap pasangan suami isteri sememangnya mengimpikan cahaya mata sebagai anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga. Sudah pasti mereka akan teruja apatah lagi ini pengalaman pertama bergelar ayah dan ibu.

Bermacam cara dan kaedah untuk memberitahu berita gembira ini kepada suami. Lihat video sweet yang dikongsi di laman Twitter ini, pasti terharu dan secara automatik korang akan mengalirkan air mata juga.

Sweet sangat!

Menerusi Twitter Suesafeei, dia berkongsi video reaksi abang iparnya semasa menerima khabar gembira mengenai zuriat pertamanya. Video yang berdurasi 0:45 saat dan 0:55 saat itu menunjukkan reaksi abang iparnya yang terkejut melihat sepasang baju bayi perempuan, digantung di hadapan televisyen.

Ternyata kejutan yang dilakukan oleh kakaknya itu membuatkan abang iparnya terkejut lalu tersenyum dan gembira kerana mendapat tahu bahawa mereka bakal menimang cahaya mata. Rata-rata netizen juga terharu dan mengalirkan air mata setelah menyaksikan video penuh ini.

Sebak pula tengok

Rata-rata netizen sebak melihat kejutan dan reaksi abang iparnya semasa menerima berita gembira mengenai kehamilan kakaknya. Netizen turut mendoakan pasangan tersebut dimurahkan rezeki dan segala urusan mereka dipermudahkan.

Sumber: Suesafeei

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×