
Cef terkenal Datuk Chef Wan tampil memberikan respon selepas tular video dia mencuit pendakwah selebriti Iddin Ramli ketika mereka menjadi tetamu dalam sebuah program televisyen.
Artikel Berkaitan: Chef Wan Utamakan Kebajikan, Beri Elaun Kepada Adik-Beradik & Bekas Isteri – ‘Seorang RM3,000 Macam Duit Pencen’
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Mengapa Kalau Tak Mampu Tarawih, Baca Al-Quran & Sedekah Tapi Jagalah Solat Fardu’ – Iddin Ramli
Cuit Iddin
Menerusi hantaran di TikTok, pemilik nama Redzuawan Ismail itu menjelaskan bahawa Iddin sudah diberitahu untuk membaca doa sebelum azan, namun pendakwah selebriti tersebut meneruskan bacaan doa yang panjang dengan sangat khusyuk.
Difahamkan, kehadiran Iddin ke rancangan televisyen itu merupakan kemunculan sulungnya sebagai jemputan dalam sebuah program siaran langsung.
Iddin disuruh baca doa sebelum azan berkumandang dan untuk kita berbuka puasa.
Hos ada bertanya, doa yang dibaca panjang atau pendek sebab sudah nak azan.
Saya rasa selepas itu Iddin ada kata dia tak perasan sebab pertama kali datang ke program siaran langsung.
Dia pun baca doa yang berjela panjangnya, matanya pun tertutup.
Menurut Chef Wan, dia telah diminta oleh kru produksi untuk mencuit Iddin susulan waktu sudah semakin menghampiri azan Maghrib.
Di hadapan kami, floor manager dan kru produksi dah bagi isyarat berkali-kali untuk wrap up. Iddin tak nampak.
Saya diberi arahan oleh floor manager untuk tegur Iddin wrap up doanya.
Jadi, saya takut sama ada nak beritahu dia atau tidak, risau nanti viral pula. Nanti saya pula yang disalahkan.
Akhirnya saya cuit juga kerana floor manager dan pengarah semua sudah tidak sabar lagi.
Saya cuit dia dan terbukalah matanya.
Peka dengan masa
Tambah Chef Wan, dalam setiap program siaran langsung, pengurusan masa amat penting, lebih-lebih lagi apabila melibatkan waktu azan dan berbuka puasa.
Selalunya bila kita buat program siaran langsung, kena prihatin dengan masa..tak boleh lebih. Apa lagi waktu azan dan masa orang nak berbuka puasa.
Satu Malaysia menunggu waktu berbuka ketika itu. Azan tidak boleh lewat, program itu juga tidak boleh dipanjangkan masanya.
Ya, doa yang panjang tidak boleh kerana sudah nak masuk waktu azan dan ia juga adalah program siaran langsung.
Bagaimanapun, Chef Wan mengakui ia adalah sebuah pengalaman yang menarik apabila dapat bersiaran langsung di program tersebut.
Hos pula sudah tersipu-sipu lihat saya panik bila tengok mata Iddin tak buka-buka.
Haru jadinya..tapi kami semua sangat seronok.
Sumber: TikTok Chef Wan