berita

Chef Wan Upah Jururawat Hampir Enam Ribu Sebulan – ‘Saya Rasa Tenang Ada Orang Profesional Jaga Mak Saya’

November 29th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Cef Selebriti, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan bahawa dia mengupah seorang jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah yang mempunyai sakit Demensia.

Artikel Berkaitan: ‘Please Don’t Lie To Me’ – Chef Wan Pernah Minta Menantu Jujur Dari Awal 

Artikel Berkaitan: Tunjuk Bukti ‘Sebenar’ Kiriman Whatsapp Serina Di IG, Chef Wan ‘Maafkan’ Anak Walaupun…

Duit boleh dicari 

Menerusi hantaran Chef Wan di laman Instagramnya, jururawat khas itu dibayar sebanyak RM180 sehari, bermula dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Chef Wan menyatakan bahawa hampir RM6,000 setiap bulan demi membayar upah jururawat yang menjaga ibunya itu.

Agensi jururawat itu mengenakan RM180 untuk sehari dan sebulan kira-kira dalam RM5,800 ke lebih dengan kerja lebih masa.

Biar la mereka berjinak-jinak dahulu ketika mak saya masih sihat sedikit. Bila datang waktunya, dia (jururawat khas) boleh menjaga ibu saya dengan baik.

Saya rasa senang apabila mak ada orang yang profesional untuk mandikan dia, tukar lampin, suap sarapan, bagi ubat, melakukan sedikit senaman serta memastikan mak saya tidur sekejap pada pagi dan tengah hari.

Tambahnya, dia menyatakan bahawa duit boleh dicari dan seorang ibu itu adalah segala-galanya.

Sementara itu, Chef Wan sempat berpesan kepada umum untuk sentiasa berikan jagaan yang terbaik buat ibu demi kebahagiaan dan keselesaan buatnya.

Sumber: Instagram @_chefwan58

SKIP THIS AD ×