Semalam, bekas isteri kepada suami Serina Redzuawan iaitu Meor Aidid telah membuat laporan mengenai dakwaan dia berkahwin kali kedua dan dimadukan tanpa kebenaran isteri pertama. Aidid bagaimanapun telah tampil menjelaskan dakwaan tersebut di mana dia telah sah bercerai dengan isteri pertama pada 9 Mac lalu sebelum bernikah bersama Serina.
Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Terima I Seadanya..’ – Serina Redzuawan Selamat Bernikah
Artikel berkaitan: Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Suami Serina Redzuawan Jawab Dakwaan Kahwin Kali Kedua
Tidak berakhir di situ, ayah kepada Serina iaitu Chef Wan memberi respon terhadap perkara tersebut. Chef selebriti itu turut mempersoalkan menantunya tidak berlaku jujur sebelum ini?
‘Jangan menipu saya’
Chef Wan menerusi perkongsian posting di laman Instagram memaklumkan suami kepada Serina akhirnya buka mulut mendedahkan statusnya yang sebenar sebelum ini. Malah, sebelum ini Chef Wan telah menasihati Aidid untuk bercakap perkara yang sebenar mengenai hubungannya dengan isteri pertama.
At last the ex-husband opened up his mouth to tell the truth. That is why dari awal saya dah nasihat jangan bermain api depan-depan dia di rumah saya. I will find out all this sooner that u thought!
I look at his face and said… “Please don’t lie to me if you are already divorce or not your first wife. If u are not happy and its time to move on I can understand but I don’t want to dwell too much on your past as its non of my business to speculate or bersangka buruk seperti orang di luar itu sedang melakukan.
‘Ya, saya cakap memang kasar’
Tambah chef selebriti itu lagi, setiap kesilapan yang dilakukan pernah dipertanggungjawabkan individu berkenaan dan memohon maaf jika melakukan kesalahan. Malah, Chef Wan juga tidak sangka isu mengenai perkahwinan anak perempuannya itu akan menjadi tegang seperti sekarang.
Itu sebab Allah suruh jadi bapa dan ibu kena bertanggungjawab pasal anak kita. Biar pun buat SILAP tetap kita mengaku SILAP! A lesson for all! Yes saya cakap memang kasar! For those people deserve it. Berani buat berani tanggunglah. Biar la berlaku jujur dan jika salah mohon sahaja maaf.
Cubalah dari awal this two lay everything on the table tak la jadi kusut macam ni. A lesson to all for not being truthful to themselves! Esok entah apa lagi lah!
Sumber: Chef Wan