berita

‘Cheh, Sembang’ – Zed Zaidi Rupanya Selesaikan Kes Saman Syazwan Zulkifly Yang Dah ‘Settle’

October 17th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Sesi berbalas kenyataan oleh ahli Seniman dan Zed Zaidi rupanya masih tidak reda dan masih hangat dengan kedua-dua pihak tampil dengan alasan tersendiri untuk menjustifikasi tindakan masing-masing.

Artikel Berkaitan : ‘Syazwan, Mana Surat Kena Ban? – Dakwa Seniman ‘Funnyman’ Ini Respon Zed Zaidi

Setelah didakwa Syazwan Zulkifly tidak membela nasibnya sebagai ahli, Zed Zaidi menerusi laporan Mstar mengatakan dia pernah menolong Syazwan menyelesaikan kes saman kepada pelakon Juvana itu oleh sebuah produksi.

Rupa-rupanya, saman dah bayar

Syazwan di Instagram meluahkan kekesalannya apabila Zed Zaidi seolah-olah mengambil kredit atas sesuatu yang sudah selesai. Saman yang ‘diselesaikan’ pihak Zed rupanya sudah dibayar oleh Syazwan yang ketika itu ditemani pengarah Yeop Hitler Zami.

Syazwan juga hairan bagaimana Zed yang juga bekas Hero Remaja itu boleh membuat kenyataan sedemikian sedangkan kes berkenaan sudah berlalu 2 tahun lepas dan pihak Seniman hanya bertanyakan perkembangan mengenainya pada malam Drama Festival Kuala Lumpur 2017 pada 9 April lalu.

Sumber: Syazwan Zulkifly

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×