
Usahawan popular, Christy Ng mendedahkan bagaimana tercetusnya inspirasi dalam memilih nama untuk jenama perniagaannya yang kini semakin dikenali.
Artikel Berkaitan: Christy Ng Jadi ‘Personal Shopper’ Sebelum Mula Bisnes, ‘Customer’ Sanggup Datang Beli Tengah Malam – ‘Ibu Sampai Hidangkan Meggi’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Pandang Rendah Kualiti Produk Malaysia’ – Christy Ng Bangga Jenama Lokal Kini ‘Mendonia’
Jenama Christy Ng

Pemilik nama Christina Mei Mei Ng, 36, menceritakan idea untuk menamakan jenama perniagaannya muncul ketika dia dan rakan-rakannya bersantai di gelanggang badminton pada sekitar tahun 2010.
Minat saya terhadap kasut memang kuat. Suatu hari saya dengan kawan-kawan lepak dekat gelanggang badminton dan pada ketika itu pukul 3 pagi.
Kemudian kawan saya tanya kenapa saya sudah tidak menjual kasut lagi. Saya pun ceritakan kepada mereka dan mereka cadangkan untuk saya buat jenama sendiri.
Pada ketika itu, kami borak biasa saja, saya pun tanya nak letak nama apa untuk jenama saya dan mereka cakap letak nama sendiri lah, Christy Ng.
Mengulas lebih lanjut, Christy berkata dia memilih untuk berhenti menjadi personal shopper kerana semakin ramai yang menjual kasut serupa pada harga lebih rendah.
Kata Christy, situasi itu menyebabkan persaingan dalam industri menjadi sangat sengit.
Selepas saja perbincangan itu, saya terus design dan pergi ke Thailand untuk berjumpa dengan pembekal.
Saya buat satu design saja dan kemudian baru teruskan dengan design yang lain selepas dapat maklum balas yang positif.
Sekadar info, Christy tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di OhBulan Paling Viral Online.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.
Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.
Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)