
Usahawan popular, Christy Ng berkongsi kisah awal perjalanannya dalam dunia perniagaan yang bermula secara tidak sengaja ketika melancong ke Thailand.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Pandang Rendah Kualiti Produk Malaysia’ – Christy Ng Bangga Jenama Lokal Kini ‘Mendonia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Peniaga Wanita Terbaik Yang Pernah Saya Jumpa Dalam Hidup Adalah Christy Ng’ – Boss James

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Christina Mei Mei Ng, 36, berkata dia mula menjadi personal shopper apabila ramai yang meminati kasut yang dibelinya di Hatyai.
Masa saya pergi Thailand, saya ada beli kasut harga RM10 dan saya beli sepuluh. Bila saya pakai ramai yang kata cantik sampai sanggup nak beli dengan harga dua kali ganda.
Dari situ saya mula jadi personal shopper dan buat untuk seronok saja. Tidak lama selepas itu saya rasa macam nak jual secara fizikal. Saya pun jual di pasar malam area Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Christy berkata rumahnya dipenuhi dengan pelbagai jenis kasut sehingga tiada ruang kosong.
Kata Christy, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan pelanggan sanggup datang walaupun lewat malam.
Saya guna rumah sendiri sampai ruang tamu itu penuh dengan kasut. Saya cakap dekat pelanggan, siapa yang nak beli datang saja rumah saya.
Makan dan minum memang akan nampak kasut. Tengah malam pun ada pelanggan datang dan beli banyak kasut. Ibu saya sampai masakkan meggi dan hidang milo ais untuk mereka.
Untuk info, Christy tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di OhBulan Paling Viral Online.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.
Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.
Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.







