

Nama penyanyi meningkat naik, Chubb-E sebelum ini menjadi ‘panas’ selepas tersebar foto seorang model perempuan yang duduk di sebelahnya dengan memakai jaket menutupi lengan serta bahagian belakang badan namun membiarkan bahagian payu dara terdedah.
Artikel Berkaitan: Idea Wanita Separuh Bogel Dari Ibu, Chubb-E Harap Ada Babak Panas Dalam MV ‘Rambang’ – ‘Ikutkan Saya Tak Ada Masalah Pun’
Maaf atas kekhilafan diri

Terbaru, Chubb-E, 22, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram (IG) miliknya. Kata pemilik nama Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy, dia sedar adegan yang dilakukan itu tidak sesuai untuk ditonton umum.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya Chubb-E, dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada semua, berkenaan gambar dari muzik video lagu ‘Rambang’ saya sebelum tayangan sebenar yang telah tersebar baru-baru ini.
Saya sedar gambar berkenaan adalah adegan yang tidak sesuai ditonton oleh mana-mana pihak atau individu.
Dengan rasa rendah diri saya sekali lagi memohon maaf pada semua di atas kekhilafan saya ini. Sekian dan Salam Ramadhan.
Idea dari ibu

Ketika ditemui media pada Jumaat lalu, Chubb-E meluahkan rasa sedih apabila adegan wanita tersebut terpaksa dibuang selepas mendapat kecaman daripada netizen.
Malah, cerita juara Ceria Megastar musim pertama, idea asal untuk menampilkan wanita Ukraine dalam MV itu adalah dari ibunya sendiri.
Sumber: Instagram @donutfingerlicking





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)