Buat julung kalinya OhBulan! melancarkan anugerah ‘OhBulan! Paling Viral Online’ yang bakal diadakan secara langsung menerusi platform TikTok Live pada 19 Disember ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] OhBulan! Lancar ‘OhBulan! Paling Viral Online’, 7 Kategori Jadi Taruhan

Artikel Berkaitan: OhBulan! Paling Viral Online Bermula Hari Ini! Boleh Buat 50 Undian Sehari

Calon Digital Content Creator Paling Viral

Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf individu serta karya yang mencetus fenomena besar dalam dunia hiburan digital termasuk selebriti, pempengaruh, pencipta kandungan, usahawan hinggalah lagu, drama dan kelab peminat.

Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan seperti anugerah utama OhBulan! Paling Viral Online, Selebriti Paling Viral, Digital Content Creator Paling Viral, Usahawan Paling Viral, Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM), Drama Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral.

Untuk siaran kali ini, OhBulan! ingin kongsikan kepada anda antara calon-calon bagi kategori ‘Digital Content Creator Paling Viral.

Antara calon-calonnya ialah;

  1. Cik B
  2. Sir Fathi
  3. Ryan Bakery
  4. Qawiyaro
  5. Jason
  6. Mek Yun
  7. Tun Laila
  8. Sofea Shra
  9. Cik Epal
  10. Acap S

Undi sekarang!

Peminat boleh mula mengundi bermula 29 September hingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan didedahkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital. Malah, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi: www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline